JellyPages.com

Tuesday, July 31, 2012

edited to someone

apa yang aku post ni untuk someone yang aku sayang. aku taw dia sekarang tengah adda macam-macam dugaan dalam hidup dia. benda nie pon ak jumpa untuk share kan kat dia.


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Monday, July 30, 2012

arrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hidup ak semakin hari semakin celaru ak tengok. ak sendirir tak taw kenapa ak jadi camni. ak semakin sunyi, ak semakin kusut, kerja ak pon banyak tak hantar, kalo ak hantar pon lambat. kenapa ak sekarang jadi camni.kenapa ak semenjak dua ni jadi camni. ak rase semua ni jadi sbb ak semakin jaod dr Dia. solat ak pon sekarang banyak lubang-lubang. bila ak susah bawu ak nak solat. sbb tu la ak jadi camni sekarang. ak kena berubah utk kebaikan ak jugak kan bukan utk orang lain. ak patut mula kan hidup baru. sampai bila ak na jadi camni. tak kan sampai nyawa ak da na abis bawu ak nak sedar.zamil came on la...takan ko nak camni selamanya. hidup kita ni tak lama. kko kena sedarzamil yang ko ni menumpang je kat bumi ni. bila2 masa je penciptaNya ley ambik balik. bukan setakat bumi je tapi semua yg ko ad sekarang ni. ko kena igt tu zame.. 

Saturday, July 28, 2012

:')

Ya Allah,
Kau kuatkanlah aku Ya Allah,
kau tabahkanlah hati ku inin Ya Allah,
Aku terlalu merinduinya YA Allah,
Aku terlalu menyayanginya Ya Allah,
Kenapa Aku terlalu rindukan dia Ya Allah,
Kenapa aku terlalu sayangkan dia Ya Allah,
Jika betul dia jodoh ku Ya Allah,
Kau satukanlah kami dengan ikatan yang sah Ya Allah,
Jika betul dia jodohku Ya Allah,
Kau tabahkan lah hati ku untuk menempuhi dugaan ini Ya Allah,
Hanya padamu aku memohon Ya Allah 

:(






Friday, July 27, 2012

just me


I'm all alone
Alone in the world
Alone in the universe
Nobody to love
Nobody to hold
Alone
All by myself
All alone
No love
No romance
Just loneliness
Just sadness
Why is this?
Because 
I am unloved
And alone
I am unpopular
And alone
I have friends
But I still feel so
Alone
All by myself
I just want to be
Loved
And happy
I wish...
For love
And to stop
Being so
Alone
All by myself




I hope that you will all be loved and not alone just like I will be
Hope u happy with ur life and find ur happiness like you want :')

Friday, July 20, 2012

pe la naseb

arghhhhhhhh!!!!!
pe ak na buat nie...
1st puasa da macam2 dugaan..
dala makanan sahur tadi susah na cari...
sekarang elektrik plak tade...
nseb la beteri lappy nie ad lg..
tu pon cukup je untuk ak update blog nie jup..
sangat bosan untuk ak hari nie..
dala kat level kolej nie tinggal ak berlima je ngan kawan ak..
yang laen b'dengkur lagi tido..
ak nie taley na tido da sbb panas...
camne la diorang ley tido lam panas2 camnie..
tapaham ak..
hahhaha..

pape pon belom terlambat untuk ak ucapkan selamat puasa pada semua yg mngenali diri ak nie..
especially to my mum dad my brothers sister n my fellows friends...
harap ramadhan kali nie lebey baek dari ramadhan sebelom nie ea...

~peace no war~

oneday


oneday insyallah..
i will

izinkan


dan bila esok


masih adakah waktu aku ngan dia... :(
~just believe in faith~

Monday, July 16, 2012


ok time utk ak wat keje lak..
24 soklan eco
sok ta siap kne halau ak dri kelas..
oh my goshhhhh!!!!!!

i'm so sorry


edited to ~MJ~
i'm really sorry :(


will i be happy?????

don't fell like to do  anything..
so lazy!!!! @_@

one thing that u have make me feels happy :)

my life


Am i happy with my life??????????

nothing to say :(

hmmm..
bile ak asyik pkir sal dy..
knapa ak slalu je mngalir air mata..
ak pon ta fham ngn dri ak nie..
mmgak terlalu syg kan dy..
hanya Allah je yg tahu btapa syg nye ak kat dy..
tp knapa ak ase dy mcm tanak lyan ak da..
mybe dy sbuk ngan assignmnt dy kot..
atau mybe dy ad prob..
hmmm
ak je yg trlalu ikot kan perasaan ak nie..
tape la..
ak redha je la ngn pe yg jd kat ak nie..
mngkin mmg ak nie ta ley na idop happy..
mybe nie mmg jln crita idop ak buat slama nye..

i really love her so much :(

Tuesday, July 3, 2012

BUDAK GILE!!!!!!!

hari nie ak on9 dlm makmal komputer ngan bon...
HAHAHAHAHA!!!!!!!!!!!


P/S : PE YG SRONOK SGT PON AK PON TA TAW...HAHAHA